e-Mutiara

  • Makluman : Perubahan Tempat Naik Ekspres Musafir Laluan Jeli

    Makluman : Perubahan Tempat Naik Ekspres Musafir Laluan Jeli

    Adalah dimaklumkan kerja – kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di laluan masuk Jelawang, Meranto & Kuala Balah berikutan tanah runtuh.

    Perubahan tempat naik bagi penumpang ๐™€๐™ ๐™จ๐™ฅ๐™ง๐™š๐™จ ๐™ˆ๐™ช๐™จ๐™–๐™›๐™ž๐™ง perjalanan ๐—ž๐—• – ๐—ž๐—Ÿ – ๐—ž๐—• laluan ๐—๐—ฒ๐—น๐—ถ

    Adalah dimaklumkan kerja – kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di laluan masuk Jelawang, Meranto & Kuala Balah berikutan tanah runtuh.

    Berikutan dengan itu, pickup point bagi penumpang Jelawang, Meratoh & Kuala Balah terpaksa di ubah sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

    ๐Ÿ“Penumpang dari ๐—๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด & ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ผ๐—ต pickup point di ๐—š๐˜‚๐—ฎ ๐— ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ด
    ๐Ÿ“Penumpang dari ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต pickup point di ๐—๐—ฒ๐—น๐—ถ

    Untuk pertanyaan lanjut boleh terus berhubung talian Whatsapp 09 774 4955
    Segala kesulitan amat dikesali ๐Ÿ™

  • Hello 2024!

    Hello 2024!

    Selamat datang ke ruangan berita bersama Konsortium E-Mutiara Berhad. Permulaan tahun 2024 kami ingin pastikan anda sentiasa mendapat maklumat yang lengkap dan tepat dari pihak kami. Bermula dengnan anda, insya-Allah selamat.

  • Bas henti-henti kembali beroperasi di Kelantan

    Bas henti-henti kembali beroperasi di Kelantan

    Orang ramai di negeri ini menarik nafas lega apabila operasi bas henti-henti kembali beroperasi pada Selasa setelah setahun dihentikan.

    Perkhidmatan tersebut yang sebelum ini dikendalikan oleh Syarikat Cityliner diambil alih oleh Konsortium E-Mutiara Berhad.

    Pengerusi Eksekutif E-Mutiara, Che Ibrahim Che Ismail berkata, operasi bas henti-henti itu melibatkan perjalanan pergi dan balik setiap hari di bawah jenama perkhidmatan Mutiara Rentas Desa yang melibatkan sembilan laluan.

    “Laluan tersebut ialah Kota Bharu-Salor-Pasir Mas; Kota Bharu-Gua Musang, Kota Bharu-Tok Bali-Kampung Raja, Kota Bharu-Kuala Krai, Kota Bharu-Pengkalan Kubor, Kota Bharu- Kemumin-Sabak, Kota Bharu-Sabak-Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu-Pantai Cahaya Bulan dan Kota Bharu-Bukit Marak-Bachok,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

    Menurutnya, untuk fasa pertama perkhidmatan yang beroperasi pada Selasa, hanya tiga laluan terlibat iaitu Kota Bharu-Salor-Pasir Mas, Kota Bharu-Gua Musang dan Kota Bharu-Tok Bali-Kampung Raja.

    Katanya, bagi laluan Kota Bharu-Salor-Pasir Mas, ia melibatkan tiga trip pergi balik bermula jam 7.15 pagi hingga 6 petang, laluan Kota Bharu-Gua Musang pula hanya dua trip pergi balik bermula jam 4.45 pagi hingga 5.30 petang manakala laluan ketiga Kota Bharu-Tok Bali-Kampung Raja melibatkan empat trip ulang alik bermula jam 6.15 pagi hingga 5.30 petang.

    Che Ibrahim berkata, perkhidmatan tersebut bermula dari Kota Bharu di Stesen Bas Jalan Hilir Pasar, di sini manakala lokasi hentian dalam laluan adalah seperti yang dikendalikan oleh penyedia perkhidmatan yang terdahulu.

    “Untuk permulaan, transaksi tambang adalah dalam bentuk tunai dan para penumpang boleh menghubungi talian 09-7745555 jika memerlukan maklumat lanjut tentang perkhidmatan Mutiara Rentas Desa,” katanya.

    Sedutan dari laman sesawang SinarHarian, ditulis oleh Hazelen Liana Kamarudin